Perlukan Bantuan? 🎧
WABIZ adalah platform online yang akan membantu anda menghantar mesej WhatsApp dari phone anda, terus ke prospek atau pembeli secara automatik. Ianya berfungsi sama seperti versi Whatsapp Web, ditambah dengan sistem automasi.
Hanya perlu sambungkan WhatsApp anda di sistem dashboard WABIZ menggunakan imbasan kod QR dan ianya akan berfungsi 24 jam tanpa anda perlu hidupkan komputer/phone pada setiap masa. Semua mesej yang dihantar melalui sistem WABIZ dapat dilihat di dalam aplikasi Whatsapp di phone anda.
Nak cuba dulu WABIZ? Pilih Plan WABIZ Starter dan selepas mendaftar, anda boleh terus guna selama 5 hari, tanpa perlu apa-apa pembayaran mahupun kad kredit. Anda juga boleh mendapatkan promosi terkini Plan WABIZ yang sangat berbaloi!
Tidak Perlu. Anda cuma perlu mendaftar menggunakan emel sahaja. Tiada bayaran dikenakan bagi akaun trial ataupun free. Semua sistem pembayaran diproses oleh pihak payment gateway kami yang selamat. Kami tidak menyimpan sebarang maklumat kad bank anda.
Tidak sama sekali. Setiap mesej adalah encrypted end-to-end. Kami tidak menyimpan kandungan mesej dalam apa jua bentuk sekalipun. Mesej anda hanya diproses oleh webhook bagi tujuan autoresponder & chatbot pada ketika ianya dihantar sahaja. Sekiranya anda memerlukan data daripada mesej yang diterima, anda boleh menggunakan integrasi webhook untuk simpan data di platform pilihan anda, seperti Google Sheet, dan lain-lain.
Untuk unlink, di aplikasi Whatsapp di dalam phone anda, pergi ke Settings > Linked Devices > Tap pada device "Google Chrome (Ubuntu)". Anda perlu scan QR code semula untuk kembali menggunakan WABIZ.
Kemungkinan untuk diban dari sistem kami sangat rendah, kecuali anda menggunakan WABIZ untuk menghantar mesej pukal yang berjumlah sangat besar dan terlalu kerap. Pemasaran seperti Spam atau menghantar mesej secara pukal boleh menyebabkan nombor anda dibatalkan atau diban. Disyorkan menggunakan nombor khas untuk tujuan notifikasi sistem sahaja. Sila rujuk blog kami untuk tips bagi mengurangkan risiko di ban oleh Whatsapp.
Tentu sekali!, kerana fungsi webhooks memungkinkan anda menghantar mesej kepada pelanggan anda melalui platform apa pun yang support webhooks. Anda juga boleh menggunakan fungsi Chatbot sedia ada untuk membina Autoresponder kepada pertanyaan pelanggan anda supaya anda tidak perlu lagi copy-paste jawapan ataupun terpaksa berjaga malam membalas setiap mesej!